Sunday, December 03, 2006













2 malam 2 hari di Ipoh

Assalamualaikum semua sejahtera ke atas kamu. Aku kembali menulis mengarut mengaban. Alkisahnya aku baru start cuti dan aku mengambil keputusan nekad untuk pergi ke Ipoh. Cadangnya hanya satu hari dan terus blah balik kampong yang dirindui. Tapi, malangnya tiket takde pulak. Ye lah musim-musim cuti sekolah macam ni. Jadi aku telah melepak di Ipoh sempena untuk menonton gig anjuran saudara JKKK Batu Gajah, Jim Bugstar.

Pada hari jumaat, aku dan rizie telah blah dari Nervous House (haha!) kurang lebih pada pukul 6 ptg. Kami lantas pergi melepak di sebuah mapley berdekatan masjid jamek bersama Dhani dan beberapa rakan bloggersnya. Kudin dari kugiran Rebel For X yang baru sampai dari Dungun, Terengganu juga mengjoinkan diri beliau untuk bersama-sama mengeteh dan menasik dengan kami. Tepat jam 10 malam aku lantas membawa langkahku beredar dari mapley utk ke terminal bas Puduraya. Bas yang dijadualkan bergerak ke Ipoh pada jam 10.30 akhirnya bergerak jam 11.00 malam. Aku pun mula zzzz…

Aku tiba di Terminal Medan Gopeng kira-kira jam 1.30 pagi dan disambut oleh band member Brayok yang menunggang motorsikal. Kitorang bergegas untuk ke jam studio kepunyaan seorang ahli kumpulan rock lama, Teja. Pada pagi tu, diorang rehearsal untuk persiapan gig pada keesokan harinya. Selepas memeegorengkan diri masing-masing, aku ikut Rudy utk melepak/bermalam/berpagi di Berek Polis Ulu Kinta. Sedih juga tengok keadaan tempat tinggal asrama bujang polis-polis di situ. Bak kata Rudy, kebajikan tidak diambil pusing dan teruk berbanding zaman Mahathir dulu.

Pada pagi Sabtu, kira-kira pukul 10 aku dan Rudy dikejutkan oleh Syamil (drummer Brayok) yang datang ke berek membawa dua bungkus nasik lemak dan dua bungkus Nescafe o ais dari kedai makan makciknya. Terima kasih kepada Syamil kerana membekalkan aku ngn rudy dengan sarapan untuk dua hari berturut-turut.

Kami ke tempat gig dengan menaiki motorsikal. Keadaan agak mencemaskan kerana langit tiba-tiba menjadi gelap seakan ia akan hujan. Kami merempit ke tempat kejadian dan nasib kami baik kerana setibanya kami di tempat gig, barulah hujan turun.


Band pertama pada hari itu, tidak lain dan tidak bukan Brayok. Mereka sempat memainkan semua lagu mereka sendiri yang bakal dirilis sebagai split dengan band punk US iaitu the Ray Grayds. Mereka juga sempat mengcover lagu dari NOFX, Rancid dan juga ‘johnny’ dari versi Carburetor Dung. Frontman mereka, Rudy agak berani dengan mengutuk Zionist dan pentadbiran Pak Lah secara terbuka. Beliau sempat memberi pesanan terakhir kepada para hadirin yang berbunyi, “Ini adalah budaya yang sihat!”

Band kedua pula ialah band Love As Arson dari Kemaman. Mereka membuka set mereka dengan sebuah cover dari Funeral For A Friend. Mereka menghabiskan set mereka dengan kesemua lagu-lagu mereka yang bakal dikeluarkan oleh label mereka sendiri awal tahun depan. Mereka juga ada membawa banner kugiran mereka dan digantung bersebelahan banner tour FC Five. Ternyata ramai yang terpaku melihat persembahan mereka yang berapi dalam bersahaja.

Seterusnya, anggota kugiran straight edge hardcore dari Kelang mengambil posisi masing-masing. Mereka sangat agresif dan melompat-lompat seperti adik kecil termakan cili api. Mereka-mereka yang hafal lagu mereka kelihatan beriya-iya menyanyi sama-sama dan menunjuk-nunjuk ke langit. Mereka mengcover lagu wajib dari mereka iaitu ‘wake the dead’ dari comeback kid. Yeah!

Untuk kugiran No Direction dari Singapura, aku lebih banyak menghabiskan masa ke tandas dan berborak-borak dengan rakan-rakan dan kurang memberi tumpuan. Ini kali ke dua aku menyaksikan mereka. Pertama kali dulu di Paul's Place. Memainkan irama hardcore kot.

Kugiran kelima ialah In A Sense yang datangnya dari Taiping. Mereka tampil dengan line-up baru. Hanya drummernya sahaja, encik Anchoi merupakan anggota asal band. Mereka membawa lagu-lagu cover seperti ‘crusher’ dari Ramones dan ‘keluangman’ dari siri animasi TV disamping lagu-lagu sendiri seperti ‘raincity’. Vokalis baru mereka iaitu saudara Wei Yih (dia pernah menjadi kolumnis untuk zine Rainciry) memaparkan aksi lawak dan bersahaja seperti seorang penyanyi kugiran hardcore. Para budak juga tidak ketinggalan menyanyi ramai-ramai di nombor-nombor yang dikenali dan mereka bermain lagu ‘keluangman’ sekali lagi atas permintaan dari crowd.

Kugiran seterusnya juga agak aku tunggu-tunggu iaitu Elmkids. Kugiran yang tidak asing lagi juga datang dari daerah yang menerima hujan paling banyak di Malaysia, Taiping. Semua lagu yang dimain adalah dari cd split dengan Lucy In The Loo dan juga ‘murky night’ versi baru yang dimuatkan dalam compilation cd ‘Bebas’. Mereka juga mempunyai frontman baru yang tak sempat aku berkenalan.

Skatanix band dari Penang dengan cargas mengambil posisi dan tanpa berlengah memainkan lagu-lagu mereka dari album rilisan DIY mereka bertajuk ‘damaged 23’. Kelihatan crowd kurang memberi sambutan ketika set mereka. Mengapa ye? Takkan nak dengar lagu cover dari band terkenal saje. Or maybe CD mereka tidak didistribusikan dengan meluas mengakibatkan ramai orang tak tahu lagu mereka. Ya, gitulah nampaknya. Mereka sempat mengcover lagu dari Alkaline Trio tetapi masih tiada sambutan. Harap mereka tidak berkecil hati dan cuba lagi lain kali ya.

Seterusnya, kugiran yang tidak asing lagi satu Malaya pun kenal mengambil tempat iaitu Love Me Butch. Oleh kerana terlalu ramai mengerumuni anggota-anggota band dan merasa agak rimas, aku mengambil langkah bernas dengan hanya melepak di belakang sambil berborak-borak dengan beberapa orang rakan. Mereka membawa lagu-lagu yang digermari ramai agakku kerana ramai yang menyanyi bersama-sama vokalis mereka.

Kugiran penutup, tak lain dan tak bukan FC Five dari Jepun. Secara muzikalnya memang agak cool. Kedengaran seperti punk rock, tetapi dengan drum yang pantas dan vocal yang bertenaga. Showmanship mereka memang bertenaga dan sehabis reng.

Selepas set mereka, barulah kami teringat akan perut kami yang sudah mendendangkan irama keroncong pantas sedari tadi. Aku dan anggota Brayok bergegas ke sebuah restoran dan pada malam itu aku makan mee wantan menggunakan chopstick! Sebenarnya 2-3 minggu sebelum tu aku ade jugak try makan nasik guna chopstick kat kolej aku, tapi aku berhenti separuh jalan. Kali ni, aku berusaha dengan begitu gigih untuk menghabiskan wantan mee itu dengan menggunakan chopstick dan aku berjaya! Yeah! You learn something new everyday.

Sesudah makan, kami berlalu pula ke Bodysurf jam studio pot lepak budak-budak yang bertahan amat lama. Tak silap aku studio ni dah bukak lama, sejak dari 90an dan masih kekal sehingga kini. Kalau aku tak silaplah. Tokey-tokeynye banyak membantu dalam membangunkan scene independent music di Perak dengan menganjurkan gig-gig, mengusahakan label indie, dan membikin kompilasi-kompilasi hebat seperti Kopi Sechewen dan terbaru, Radio Malaya. Respek.

Ini merupakan kali kedua aku ke sana. Kali pertama aku ke sana adalah sewaktu band Inikah Hidup praktis kat situ tak lama dulu untuk sebuah gig di Bacteria HQ, Ipoh. Kami menghabiskan masa dengan mengupload gambar di cyber café yang juga beroperasi di bawah Bodysurf kalau tak silap aku. Budak-budak Brayok menggelarkan MySpace sebagai ‘taik’. Hahahah…

Salleh sempat menunjukkan log chatting beliau dengan seseorang. Seseorang tu mengatakan tentang Tok Mung kolektif adalah satu kolektif yang mengarut saje. Mungkin kerana kami tidak sepolitikal/radical seperti kolektif-kolektif yang banyak wujud di serata Malaysia beberapa tahun lalu seperti Community Coalition, Berikan Secebis Harapan, Kaseh Kolektif Kota Kinabalu dan lain-lain yang menjalankan aktiviti aksi langsung seperti pengedaran makanan percuma dan lain-lain. Tok Mung kolektif lebih kepada aktiviti music di Terengganu, ya. Tiada salahnya dan kami akan melakukan aktiviti-aktiviti lain di masa hadapan jika ada peluang dan waktu. Kami pernah juga membincangkan tentang pengagihan makanan percuma, tapi agak susah dilaksanakan kerana kami semua sibuk bekerja/belajar di ibukota. Setakat ini, Tok Mung Kolektif ada menganjurkan jam session ‘Nasik Dagang Raya Jamm’, menerbitkan zine ‘Mosh isu 9’ dan bakal mengeluarkan compilation CD ‘Bollok Wok vol. 3’ dan juga sebuah gig pada akhir tahun ini, ‘Tengkujuh Fest’ yang diharap akan menjadi kenyataan dan berjalan lancar.

Oh ya, on a related note. Ada kolektif baru di Terengganu yang menggunakan nama Titik Family yang juga menganjurkan gig dan jam session di Terengganu. Diharap mereka juga cuba membuat aktiviti-aktiviti lain disamping menganjurkan show di sini.

Pada lewat malam itu, selepas mandi dan makan lagi berdekatan dengan rumah mereka, Salleh mempelawa kami semua bermalam di rumahnya pada malam tu. Kat rumah Salleh ni banyak giler deck skateboard. Ada yang patah, ada yang sudah buruk dan ada jugak yang masih ok dan masih dipakai. Semuanya di susun dengan tersusun kat lubang udara bilik beliau. Dia ni kerja kat company ayah die buat bisnes insurans. Jadi sape-sape duk Ipoh nak beli insurans tu, boleh la try carik die ni…hahaha.

Pada keesokan harinya, awal tak awal Syamil mengejutkan kitorang sebab die dah bawak nasik lemak+telur mata+Nescafe o ais die. Hehehehe…tapi aku ngn Rudy masih liat nak bangun dan sambung tidur. Thanks sekali lagi Syamil kerana membekalkan sarapan kepada kami.

Petang tu, kami sempat ke Jusco Ipoh untuk membeli baju kemeja Syamil sebab die akan memulakan karier sebagai seorang penyumbang tenaga kepada kerajaan. Lepas beli sehelai baju dan tiada ‘seluar slack licin’ yang berharga mengikut kemampuan remaja-remaja seperti kita semua, kitorang pergi pula ke Yik Foong complex untuk melawat kedai Free Love Production yang diusahakan oleh saudara Jayzuan. Ni first time aku pegi kedai dia. Antara barangan yang ada jual kat kedai dia seperti kaset, cd dan vcd, second hand dan baru, baju bundle dan baru, majalah second hand, zine-zine dan buku koleksi puisi dari Rahmat Haron. Terpikir jugak aku mampu ke penjualan barang-barang tadi menampung kos sewa RM500 sebulan dan bayar gaji Ahmad (the televators?) yang jaga kedai tu? Hmmm…harap-harap kedai tu dapat bertahan. Aku suke kalau kat Malaysia budak-budak independent music dapat bukak kedai sendiri dan jual stuff-stuff DIY dan independent music/arts. Baru macam oversea. Hahaha!

Oh ya, on a related note. Joe Kidd telah mengumumkan di weblognya pasal kedai graphic/print/indie/diy stuffs yang bakal dioperasikan beliau pada bulan 12 ni di Central Market. Harap semua berjalan lancar. Ni sekadar iklan untuk kedai baru ni. Walaupun otai macam Joe Kidd bukak kedai di tengah-tengah pusat bandar, aku rasa ramai aku pergi dan support. Dalam pada itu, jangan pula kita lupa akan kedai-kedai lain seperti Tools and Trade kat Campbell dan Free Love Prod di Ipoh sendiri. Mereka masih perlu sokongan korang tanpa erti rasa jemu untuk memastikan kedai mereka masih berterusan beroperasi.

Ok, sekian laporan aku pasal 2 malam dan 2 hari di Ipoh. Terima kasih lagi kepada Rudy, Syamil dan Saleh yang sanggup menjadi hos semasa aku berada di Ipoh. Dan ucapan kepada Jim yang kerugian RM400 kerana orang tak ramai datang gig beliau, jangan putus asa! Cuba lagi lainkali. Haha. Jumpa lagi di lain waktu.
PIX: 1-no direction, 2-xelevenx, 3,4,5-fc five, 6- love me butch, 7-skatanix, 8-elmkids, 9-in a sense, 10-xelevenx, 11-love as arson, 12-brayok

REVIEW

Kids On The Move ‘Kids who Kick’ CD (UnitedXFront)/RM16
Agak jarang band-band tempatan meriliskan full-length album. Kebanyakan band akan merilis ep atau split cd. CD ini mengandungi 10 lagu baru dan segar dari KOTM. Sound quality rakaman adalah tiptop. Mereka membawakan irama melodic youthcrew hardcore dengan pukulan drum padu dan laju serta banyak part-part singalong. Antara lagu yang menarik telinga aku adalah seperti ‘kids on the move’, ‘kids who kick’, dan ‘the blame’. Sesetengah lirik yang dinyanyikan tidak tipikal band hardcore, sebagai contoh lagu ‘media’ berkenaan penipuan pihak media secara terang-terang kepada setiap lapisan masyarakat. Datang dengan booklet pro-printed 12 muka. United Front Records, No. 24, Jalan Wangsa Ceria 4, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia www.unitedfrontrecords.com (nizang)

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home