INTERVIEW WITH NIZANG, by KOROK KRING zine DEC '06.
Assalmualaikum nizang. Apa khabar? Sebelum kita borak lebih panjang, sila memperkenalkan diri kamu dengan lebih lanjut. Maklum saja lah, kamu ni glamer, mana tahu ada awek-awek denyut luar sana yang membaca zine ini. Okeh. Ceritakan sedikit latarbelakang kamu. Tentang diri kamu. Hobi kamu, cita-cita, no tepon (untuk awek-awek denyut), bila nak kawen, ciri-ciri wanita idaman,hobi dimasa lapang etc.
Waalaikumsalam. Guane gamok? Ya, aku nizang. Berumur 24, masih bujang trang tang tang. Aku lahir di kota Kuala Lumpur, mula mengenali dunia di situ juga tetapi menghabiskan masa-masa remaja ‘pemberontakan’ aku di sebuah kampung nelayan di Kuala Terengganu. Kini aku kembali hidup di kota pesat membangun, Kuala Lumpur menyambung pelajaran aku yang tidak akan habis dalam masa terdekat ini di sebuah kolej swasta. “pendidikan, mahal bangat, ajang bisnis, anjing!” – ‘aku mau sekolah gratis’, Marjinal.
Aku mengaku diri sebagai seorang straight edge punk rocker. Takdelah punk sangat, cukup makan jer. Antara band kegemaran aku termasuk Minor Threat, Dead Kennedys, Bad Brains, Stiff Little Fingers, Defiance, Carburetor Dung, FSF, Nostalgia, The Bollocks, Beauty Of Doubt, Secret Seven, Operation Ivy dan lain-lain.
Aku sedang bercuti sekarang dan menghabiskan masa cuti panjang ni di kampung halaman, di rumah emak aku iaitu di Kuala Ibai. Cutiku ini banyak dihabiskan dengan menonton TV, menulis dan membaca. Buku yang sedang aku baca sekarang merupakan koleksi dari arwah ayah aku, iaitu Advertures of Huckleberry Finn. Sebenarnya aku kurang membaca buku sebelum ini walaupun niat telah lama ada. Mungkin kekurangan masa menjadi penyebab utama aku kurang membaca buku tetapi lebih kepada membaca majalah dan zine sahaja. Jadi, aku manfaatkan cuti aku ini dengan berazam untuk membaca sebanyak buku yang boleh dari koleksi arwah ayah aku yang sebenarnya banyak yang menarik.
Aku mula mengenali punk rock melalui beberapa band besar atau boleh dikatakan sell-out oleh budak-budak hc/punk DIY iaitu Nirvana, Greenday dan Offspring. Kakak sulung aku banyak mendorong minat terhadap music secara am dan punk rock secara khususnya pada zaman kanak-kanak aku dulu. Aku mula mengenali scene tempatan dari zine Pang Zine yang diterbitkan oleh Mat Pang. Masa tu aku beli zine ni masa ikut boyfriend kakak aku pegi jamming di Studio Kuyie Mallaria di Plaza Perdana tak silap aku di tingkatan dua. Aku juga mengetahui lebih lanjut tentang scene tempatan dari Blasting Concept, sebuah column mingguan di surat khabar berkenaan scene punk rock/independent music tempatan kelolaan Joe Kidd yang dibawa oleh kawan aku Samir (drummer Jellybelly) setiap minggu ke sekolah.
Aku mula menyumbangkan tenaga dan hasil kerja pada scene sejak tahun 1999 dengan membuat zine yang diberi nama Mosh. Aku pernah bermain untuk beberapa band sepanjang aktif dalam scene tempatan ini dan yang paling menonjol rasanya Jellybelly (2000-2005) dan Inikah Hidup (2002-sekarang nyawa-nyawa ikan). Aku pernah mematikan Mosh pada suatu ketika dahulu dah kini kembali menerbitkannya. Isu 9 merupakan ‘reborn’ isu.
Hobi aku antaranya termasuklah melukis, menulis, membaca, memasak, mendengar lagu, melayari internet, tengok movie, mengumpul CD, kaset, zine dan hobi utama aku ialah tidur. Masakan kegemaran aku ialah Ikan Singgang. Cita-cita aku semasa kecik… hmmm…berubah-ubah. Masa aku kecik dan IQ aku amat ciput aku bercita-cita untuk menjadi Robocop, lepas tu IQ berkembang sikit nak jadi askar atau polis. Pastu bila dah besar skit lagi nak jadi arkitek. Tu pun sebab mak aku cakap, pandai melukis boleh jadi arkitek. Buat masa sekarang boleh la aku katakan cita-cita aku ingin hidup selesa disamping orang-orang tersayang.
Ciri-ciri wanita yang aku selalu carik adalah awek scene bertudung dan memahami akan diri ini. Tak semestinya aktif dgn scene ni la tapi at least tahu serba-sedikit mengenainya adalah memadai kerana mudah nak pahami aku. Dan bertudung kerana kalau tak bertudung nanti famili tak approve. Aku datang dari keluarga yang kuat tak kuat agama dan sangat closed-minded. Kadang-kadang susah jugak tapi bagi aku, keluarga sangat penting dalam hidup aku kerana mereka sentiasa menolong aku dan ada di samping aku tak kira di masa senang atau susah.
Bila nak kawin? Hmmm…2-3 hari kebelakangan ni mak aku ade duk cakap pasal suruh kawin awal-awal. Habis study terus kawin, tapi ye lah. Zaman sekarang ni nak kahwin bukan mudah atau murah. Nak jugak kene ade RM20, 000 dan kereta sebijik. Kalau tak parents awek tak kasik kawin. Zaman sekarang zaman harta. Takde harta orang tak approve. No money, no talk…bersiap sedialah kite. Bila aku akan kahwin? Hanya tuhan yang tahu.
Soalan pemanas badan dari aku. Sangat simple. Apa pendapat kamu tentang scene UG di terengganu sekarang? Dengan melihat kewujudan banyak band-band baru yang muncul,adakah ianya satu ‘comeback’ kepada scene terengganu amnya,atau kamu melihatnya dari segi lain. Kerana,semangat yang ditunjukkan oleh mereka,sangat mengkagumkan(melihat kepda crowd dan supporter yang datang pada nasik dagang raya jamm tempoh hari). Tetapi,suka aku katakan, scene sekarang tidak semeriah pada sekitar tahun 1998 sehingga lewat 2003.(correct me if im wrong). Dimana ketika itu,ada gig,jamm session, ada buat ‘makanan percuma’. Ada infoshop. Apa pendapat kamu Nizang??
Ya, ternyata sekarang banyak band di Terengganu tidak seperti lima tahun lalu. Bila ada yang nak buat gig atau jam session, maka berebut-rebutlah band nak turut serta. Itu merupakan satu perkembangan yang agak positif. Tapi dalam kita ghairah bermain band dan membuat gig, jangan kita lupa aspek-aspek lain seperti idea yang mesti diterapkan kepada rakan-rakan kerana punk/hc/independent music bukanlah satu bentuk hiburan kosong. Hc/punk/indie ada perjuangan yang jelas dan idea disebaliknya.
Terengganu yang senyap mula digegarkan kembali pada tahun 1999 tak silap aku dengan adanya jam session di Kerteh, gig di Kuala Terengganu dan beberapa zines yang diterbitkan seperti DRSA (fazri), narrator (shabri), go straight down (nazri & mat lo), Chaos Ps (syukree dungun) dan jugak zine aku. Sebelum itu, memang ada band-band yang menghasilkan demo seperti Tahannus, Speaks (kemaman), Dead Idols (kemaman), DPSA, The Rotten, Stoned Crows dan lain-lain. Aku mula aktif pada zaman 1998 ke atas dan memang pada masa itu, bagi aku scene Terengganu amat meriah dengan gig kalau tak silap aku pernah sampai tiga kali dalam masa setahun yang dianjurkan oleh Rohock Crew. Aku memang merespek Rohock Crew terutama saudara Fazri kerana berjaya membuat gig yang pertama di Terengganu pada tahun 1999. Ia boleh diibaratkan mimpi jadi nyata. Masalah untuk menganjurkan gig di Terengganu adalah kerana sikap closed-minded dan konservatif rakyat Terengganu dan ketidakwujudan kelab-kelab seperti bandar di negeri lain. Untuk menyewa dewan pula bukanlah satu yang amat mudah kerana prosedurnya yang panjang, sebab tu kot susah nak adakan gig di Terengganu ni.
Kewujudan A//Mince infoshop and Studio bagi aku merupakan sesuatu yang amat banyak menyumbang kepada kemeriahan dan pembangunan scene HC/punk/independent music di Terengganu suatu tika dahulu. Itu memang tidak boleh dinafikan sama sekali. Aku amat merindui tempat tu dan diharap kita akan dapat memperolehi tempat lepak seperti itu di masa akan datang semula. Disamping itu, budak-budak A//Mince juga sempat menjalankan pengagihan makanan percuma seperti idea Food Not Bombs. Cool.
Untuk menjawap soalan mung, dari segi kuantiti band, YA memang boleh kita lihat peningkatan berbanding tahun-tahun sudah. Tapi dari segi idea, aksi langsung dan aktiviti lain, itu aku tak pasti. Dulu kita ada pengagihan makanan percuma dan gig profit untuk membantu mereka yang susah…sekarang takde. Dulu kita ada tempat sendiri untuk melakukan aktiviti bersama-sama berbicang dan membuat segala macam yang positif, sekarang takde. Dulu banyak zine dibuat dan dikeluarkan, …sekarang hanya ada dua tiga saja. Jadi bagi aku, peningkatan mungkin hanya boleh dilihat dari segi bilangan band. Tapi dari segi lain…kita mengalami statistic yang merundum. Di mana salahnya? Siapa pengakibatnya? Jawapannya ada pada anda. Just do your part whichever you can. Tulis zine, buat show, buat forum, sebar newsletter tulis mesej di dinding sekolah dan apa saja yang dirasakan perlu. Reclaim what they stole from you! Ingat, hc/punk/metal/indie dan segala macam music alternative bukan sekadar buat band, jamming dan main gig sahaja.
Ceritakan sedikit tentang nervous records? Perkembangan terbaru nervous record dan distro yang sedang kamu jalankan? Apa projek terbaru? Oh ya,dengar cite,kini banyak band-band punk rock yang join bawah label kamu. Betul ke? Apa nasihat kamu kepada mereka-mereka yang ingin menjalankan sebuah record label dan distro label??
Ok, Nervous Records merupakan sebuah label DIY/independent yang aku usahakan sejak tahun 2000 bersama dengan Shah (bassist Jellybelly). Aku memang amat meminati untuk aktif dengan scene punk rock ni jadi memang aku berkeinginan untuk menjalankan sebuah record label dan Shah pandai membuat design jadi kami sama-sama berusaha membuat label ni. Masa tu kami ingin merilis demo band kamilah, Jellybelly. Tetapi sebelum merilis demo kami, kami merilis reh tape band di mana Ujay (guitarist Jellybelly) bermain drum iaitu The Mojos berjudul ‘cappuccino sold here’. Shah mula menyepikan diri dari scene punk rock sejak beberapa tahun selepas rilis demo Jellybelly tadi. Aku masih menjalankan label ini seorang sampai sekarang.
Sehingga sekarang (Dec 06), aku dalam proses mengeluarkan rilisan ke-13 iaitu sebuah compilation yang diberi judul Bollok Wok vol. 3. Untuk pengetahuan anda, vol. 1 compilation ini sebenarnya dikeluarkan oleh Ronin Records manakalah vol. 2 merupakan hasil usahasama Ronin Records dan Nervous Records. Siri kompilasi ini bertujuan untuk mendokumentasi kugiran-kugiran dari Terengganu khususnya tetapi utk vol. 3 ia dilonggarkan sikit di mana beberapa kugiran mempunyai satu atau dua ahli dari Terengganu sahaja tapi aktif di tempat lain.
Untuk vol. 3, aku ade menjemput lima lagi label lain untuk turut serta meriliskan CD ni kerana untuk mengeluarkan satu judul CD memerlukan modal yang amat tebal. Terima kasih kepada label-label tersebut; bewok, brainwash, anock mearan, rohawk dan gegey music. Kali ni, ia menampilkan band-band pelbagai genre termasuklah indie, punk, experimental, grunge dan metal. Aku memang suka membeli dan mengumpul compilation jadi untuk mengeluarkannya merupakan sesuatu yang amat mencabar kerana aku ingin orang berpuas hati setelah memiliki CD ni.
Oh ya, pada pertengahan tahun 2006, aku dikejutkan dengan sebuah email dari Nervous Records UK yang memarahi aku kerana menggunakan nama yang sama dengan record label mereka. Jadi, aku mengambil keputusan untuk menukar nama kepada Nervhous Rechords. Sama sebutan tapi lain ejaannya. Aku juga dapati ada sebuah lagi label bernama Nervous Records di USA.
Antara rilisan-rilisan lain yang masih aku jual termasuk (ner 05) Dully Dog ‘pictures of you’ cdr, (ner 06) Bonds of Old Skool compilation CD, (ner 07) Inikah Hidup ‘soundtracks of war and destruction’ CD, (ner 09) Jellybelly/The Obvious ‘The Twosome Takeover’ CD, (ner 11) 50k Promises ‘2 hours and still waiting’ CD dan juga (ner 12) Marjinal ‘predator’ cassette/cdr.
Aku tidak mengkhususkan untuk merilis hanya kugiran punk rock, tetapi apa saja yang aku minat termasuk indie, hardcore, ska dan lain-lain. Antara band yang akan aku ‘pasarkan’ demo mereka pada awal 2007 termasuk Dirty Divider, Brayok, The Ray Gradys (USA) dan 679. Tolong kawan-kawan jer. Yeah, aku memang menggemari punk rock walau apa music pun aku dengar, aku akan tetap kembali pada punk rock.
Nasihat aku buat record label DIY/independent bukan suatu yang mudah. Janganlah sekadar melepaskan batuk di tangga. Buatlah bersungguh-sungguh dan bersedialah untuk berkorban wang dan tenaga. Buatlah hasil produk yang gah dan setanding untuk melawan keluaran major label. Chaiyo!
Di sini aku ingin memetik kata-kata dari Dato’ Ian Mackaye mengenai band/aktiviti musicnya yang bergerak secara independent, “To others it’s a lot of work. To me, it means freedom”.
Okeh nizang, nak tanya pasal zine pulak? Dengar citer dah tulis MOSH balik? Sebelum aku suruh beri pendapat. Baik kamu ceritakan secara detail tentang MOSH yang baru keluar. Kenapa kali ni cover pro-printed? Satu soalan trivia untuk encik Nizang. Sekarang, ada lagi ke yang baca zine?
Aku sudah mula menerbitkan zine sedari tahun 1999. Kini kita sudah berada di tahun 2006, aku merasakan sudah banyak jumlah zine dan newsletter yang aku terbitkan walaupun dengan nama yang berlainan seperti Mosh, Jerangkung Dalam Almari dan The Coalition. Sudah tiba masanya untuk aku membuat zine dengan lebih bersungguh dan kebetulan duit pinjaman pembelajaran aku ada lebih. Aku tidak berfikir panjang dan terus membuat pro-printed cover untuk isu Mosh yang terbaru dengan harapan lebih ramai berminat untuk memiliki dan membacanya.
Ada lagi ke orang baca zine? Ada tu memang ada tapi tak ramai macam dulu. Dan yang pasti, mereka yang buat zine sekarang dah sangat ‘rare’ berbanding dulu. Jadi, hargailah local zines anda dan support mereka.
Untuk pengetahuan semua, hanya 200 copies Mosh #9 akan berkulit warna. Untuk copy ke 201 dan keatas, ia akan berkulit hitam putih. Jadi, cepat sementara masih sempat.
Soalan ini agak lapuk. Kalau dulu,medium utama untuk segala bentuk penyebaran info adalah zine. Flyers-flyers diedar melalui zine. Orang berkomunikasi pun melalui zine. Cari alamat dalam zine. Tulis surat. Dulu berlambak-lambak zine. Tapi tu dulu,masa zaman 90 an. Masa bebudak sekolah tak pakai henset lagi. Masa tu myspace,friendster takde lagi. Adakah kamu rasa dengan berkembangnya dunia teknologi sekarang,adalah penyebab utama zine tidak lagi ditulis? Zine dah makin berkurang. Adakah masih ada peluang atau cara untuk menyelamatkan zine scene di Malaysia? Sekarang ramai yang suka spread info gig dalam internet. Adakah penulis-penulis zine sekarang sepatutnya menukar cara untuk mempublikasi zine mereka dengan menulis didalam blog?
YA memang aku dapati ramai bekas penulis zine kini cenderung untuk menulis di blog berbanding membuat zine. Banyak bende positif dari blog/internet ni. Cepat, mudah, murah dan boleh diakses oleh sapa saja yang berminat untuk membaca tanpa mengeluarkan duit atau beli di gig/berjumpa dengan sang editor. Ya, sememangnya tanpa MySpace dan blog sudah pasti masih ramai yang akan menerbitkan zine macam dulu kala. Itulah pandapat aku, dan memang teknologilah yang bersalah disamping manusia itu sendiri atas kemalasan mereka untuk menerbitkan zine.
Tetapi bagi aku, aku lebih suka membaca dan menulis zine. The feeling is different. Dan aku kurang selesa baca artikel yang panjang-panjang dari skrin computer. Aku suka membaca sebelum tidur, semasa berak dan dalam kenderaan awam. Jadi aku perlu untuk pegang zine kerana aku tidak berkemampuan untuk memiliki laptop buat masa ni. Itu citarasa dan keselesaan masing-masing. Terpulang.
Untuk mengembalikan zine scene seperti tahun 90an atau 2000-2002 adalah sesuatu yang mustahil bagi aku. Tapi aku ada dengar dan tengok beberapa rakan-rakan dalam mengusahakan zine mereka samada mereka pernah menerbitkan sebelum ini mahupun yang baru nak cuba-cuba. Aku lihat ni satu perkembangan yang menggembirakan. Tak kisahlah sikit atau banyak, asal zine culture di negara kita tidak pupus seperti di Jepun.
Senaraikan 5 zine yang pernah kamu baca dan menjadi ‘feveret’ kamu sehingga kini.
Sandwich – the best skatezine to come out of Malaysia
Cronically Donut – kelakar, selamba tapi best!
90’s Choice – personal and scene politics yang best!
Common People –personal and scene politics yang best! No interview or review at all!
Grrrl:Rebel –bersungguh-sungguh, menarik, kemas dan tiptop!
Pang zine –zine yang pertama sekali aku pernah baca dalam hidup aku!
DRSA zine –zine paling bes dan berkualiti dari scene Terengganu.
Callus –zine collective yang menarik oleh Callus Collective suatu tika dahulu.
Raincity –first ever pro-printed zine in Malaysia dengan kandungan yang menarik dan informatif.
Roots –zine yang banyak memberi inspirasi dan dorongan kepada budak2 Malaysia untuk menulis dan buat zine.
Personal Liberation Front –cut and paste yang amat punk rock dan menarik.
Hardkoi #1-zine pertama aku beli pakai pos. Sangat sempoi dan banyak influence cara aku berpikir masa zaman aku sekolah menengah sampai sekarang. Salute!
Sori terlebih pulak. Aku memang suka zine dan ada lagi zine-zine lain yang aku suka tapi cukuplah buat masa ni. Zine yang di atas merupakan antara zine-zine yang menjadi sumber inspirasi aku untuk menulis.
Selain menulis zine dan menguruskan distro serta record label,apakah aktiviti kamu? Bagaimana dengan band inikahhidup? Adakah masih aktif bermain atau sudah berkubur seperti jellybelly? Atau, kamu berhasrat untuk membuat band baru?
Aktiviti lain adalah agak sama seperti student-student lain. Pergi kolej, balik kolej, tidur petang, memasak atau makan di mamak mahal. Pada hari minggu bangun lambat dan pergi ke gig untuk berhibur, jumpa kawan-kawan dan berniaga. Buat masa ni, Inikah Hidup mungkin berada dalam kondisi nyawa-nyawa ikan kerana masing-masing sibuk dengan komitmen kerja masing-masing dan tinggal berjauhan antara satu sama lain. Jika berpeluang, kami akan beraksi kembali. Oh, Jellybelly pula sudah berkubur secara mutlak semenjak tahun lepas. Keinginan untuk berkugiran sentiasa menebal di sanubari aku ni. Tapi kerana ketiadaan bakat untuk mengendalikan alatan music, hasrat untuk berkugiran haruslah dipendam dahulu. Jika berkesempatan dan diberi peluang, aku tidak akan melepaskannya.
Jellybelly suatu ketika dulu,adalah pencetus semangat aku dan kawan-kawan dalam menubuhkan band kami. Jika dilihat dulu,demo pertama jelly belly,dikatakan sold out. Walaupun dirilis dalam bentuk kaset. Bagaimana pulak perkembangan rilisan split cd jellybelly dengan the obvious? Sila ceritakan sedikit pasal cd ‘the twosome takeover’.
Terima kasih di atas pernyataan tersebut. Sekurangnya kami berjaya menginspirasikan korang untuk aktif, itu dikira satu kejayaan oleh aku walaupun tak seberapa. Yah! Demo pertama Jellybelly habis dijual 550 copies. Mungkin kerana ketika itu, walaupun sound hancur tapi kerana kami mencetak dan press kaset di kilang. Mungkin ramai yang hampa setelah membeli dan terasa seperti ditipu. Sesungguhnya bukan niat kami untuk menipu. Sememangnya di Terengganu tiada studio yang menyediakan tempat untuk rekod dengan berkualiti sehingga ke hari ini. Tetapi kami bersungguh dalam mengeluarkan demo itu dan sanggup mencetakkannya di kilang. Ternampak sedikit ganjal di situ tetapi memang menjadi masalah sehingga ke hari ni bagi band-band di Terengganu untuk merekod dengan sound yang baik melainkan turun ke KL atau impot sound engineer dari luar.
Sememangnya susah untuk menjual stuff pada masa sekarang berbanding 2-3 tahun lalu. Itu memang diakui oleh rakan-rakan lain yang juga mengusahakan record/distro label. Begitu juga yang terjadi kepada rilis ‘the twosome takeover’. Ramai antara kita kini lebih suka copy dari kawan, burn dari CD kawan dan lain-lain. Aku juga berpendapat terlalu banyak rilisan dikeluarkan kini berbanding 3-4 tahun lalu. Pendengar mempunyai terlalu banyak pilihan untuk membeli, jadi mereka beli band-band yang mereka betul-betul minat sahaja atau band kawan-kawan mereka sahaja. Itu pendapat aku.
Jawab soalan-soalan berikut :
-pendapat kamu tentang sistem demokrasi di Malaysia sekarang
Tahik lembu. Demokrasi ke kalau masih ada ISA? Masih ada polis yang menyalahguna kuasa. Kita tiada hak untuk bersuara secara terang-terangan. Sedangkan protes aman pun akan dihentikan oleh FRU secara semerta.
-berikan definisi HC/punk versi kamu
Kalau Tanya pada 100 orang, kamu akan dapat 100 jawapan yang berlainan. Yeah. Aku setuju tu. Apa yang aku paham tentang hardcore/punk ialah genre music yang berasal/berunsur dari music-music punk awal 70’an dan new wave. Tapi ia bukan sekadar music semata. Ia juga membawa budaya, idea dan pergerakan yang menitik beratkan kepada kebebasan, keadilan, keamanan, kesamarataan, berfikiran tajam, sifat berdikari dan beratus lagi ism dan ideology yang positif dan negatif. Sama-sama kita ambil apa yang positif dari hc/punk dan buang/elak apa yang negative darinya.
Ingatlah bahawa fesyen adalah tidak penting di dalam Hc/Punk. Memakai jaket kulit atau kasut vans old skool tidak membuatkan kamu lebih punk atau hardcore dari kawan kamu yang tidak memakainya. Revolusi melalui fesyen seperti di tahun 70’an tidak lagi relevan dan berkesan pada masa sekarang. Kuatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman. Itu lebih penting, kawang-kawang.
-pendapat kamu tentang scene di Malaysia.
Scene di Malaysia??? Hmm…apa yang aku tengok dari segi gig dan jumlah band dan kepelbagaiannya memang meningkat maju berbanding dahulu. Begitu juga dari segi gig promoter, record label, distro label, dan kualiti rakaman dan produksi keluaran diy/independent tempat. Tapi yang merundum mungkin dari segi zine dan apa yang aku tengok apabila sudah besar scene kita, mulalah berpecah belah, boikot-memboikot, pilih kasih, pilih kroni etc. Itu mungkin biasa dan juga di scene-scene di Negara lain.
-ulasan dan pendapat kamu tentang buku goblog.
Tahniah kepada Faisal dan Papakerma kerana berjaya menerbitkan GoBlog! Aku rasa ni buku pertama yang berjaya dikeluarkan oleh budak-budak scene HC/punk/independent tempatan. Tak tahulah kalau dah ada sebelum ni. Maafkan aku. Aku rasa secara keseluruhannya adalah baik. Aku suka akan gaya penulisan dari Kumprinx dari dulu lagi dan juga Pipi. Yang lain tu Ok jugak. Harap dengan lahirnya buku ni, budak-budak lain akan terinspirasi untuk menerbitkan buku lain pula.
-pendapat kamu tentang muzik punk rock? Mengapa sekarang, punk rock sangat jarang dimainkan?adakah punk rock muzik kebudak-budakkan atau ianya satu trend zaman sekarang.dimana band yang bermain genre musik screamo, emo, hardcore, grind etc. saja yang dijemput untuk bermain di gig?
Nak kata takde band punk rock tu tipu lah. Banyak saja tapi kurang ditonjolkan kerana penganjur-penganjur gig sekarang agak memilih kerana terlalu banyak band yang ditubuhkan di negara kita sekarang bak cendawan tumbuh sesudah hujan. Band-band yang bermain basic punk rock bagai tidak diendahkan kerana ia sudah terlalu biasa sejak dari dahulu lagi. Penganjur dan juga pengunjung gig lebih menjurus kepada band-band yang memainkan irama terkini atau irama lama yang menjadi trend kembali. Ia bukanlah trend, ia tentang citarasa dan pilihan. Kamu tak suka, kamu kena lakukan sesuatu. Do it yourself. Itu bukan salah mereka, itu hak, pilihan dan citarasa mereka untuk cenderung kepada music-music lain sahaja selain punk rock yang bagi mereka sudah lapuk dan tak laku. Hmmm…
-senaraikan tips-tips untuk menjadi seorang HC/punk sejati
Hahaha. HC/punk bukannya seperti sukan olahraga atau menjawap soalan SPM. Tiada tips. Just be yourself and enjoy while you can. Think positive and avoid doing negative things in life. Kaji dengan mendalam dan ikut rasional, bukan ikut bulat-bulat apa yang ditulis dalam zine atau dikata oleh otai. Ni bukan macam persatuan pengakap muda. Chaiyo!
Last,tempik keluar..kata-kata nasihat..atau ada yang ingin disampaikan kepada pembaca zine ini, atau kata-kata untuk gadis-gadis diluar sana. Soalan cepu emas saya, sekarang ada GF tak?hehe.
Buah hati merupakan persoalan yang aku sendiri tak boleh nak jawap buat masa sekarang. Aku tak pandai nak beri nasihat. Hmm…jadi punk, punk jugak tapi jangan sampai kita abaikan apa yang dinasihat oleh orang tua kita dan janganlah sebab punk, kita jadi anak derhaka.
Di kesempatan ni, aku ingin mengiklankan sedikit. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Mosh zine #9 atau isu-isu sebelumnya, The Coalition #6 atau isu-isu sebelumnya (RM4ppd) bolehlah kontek aku. Mosh #9 menampilkan temuramah bersama Ila Mitra, The Mindless Show, The Goodnite Goodies, Civil Disorder, xLumbrahx, Jayzuan dan Azmyl Yunor serta bahan-bahan lain seperti review, berita, artwork, etc. Begitu juga dengan rilisan-rilisan Nervhous Rechords seperti aku senaraikan di atas.
Terima kasih kepada xRiziex yang sudi meluangkan masa dan tenaga untuk menghasilkan sesuatu pada scene yang makin lesu dan juga kerana memilih aku untuk dimuatkan dalam zine sulung keluaran beliau.
Punk sokmo! Kontek aku:
Nizang, 49 Jln Rahim Kajai, Tmn Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
www.punkghok.blogspot.com
www.myspace.com/nizang
www.myspace.com/nervhous
nizangmosh@hotmail.com

1 Comments:
nice interview nizang :)
Post a Comment
Links to this post:
Create a Link
<< Home